
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Feb tahun depan untuk menyampaikan keputusan berhubung rayuan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat berhubung dakwaan amalan antipersaingan oleh syarikat e-hailing terbabit.
Peguam MyCC Mervyn Lai Wei Shiung mengesahkan tarikh berkenaan kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Isnin lalu, panel tiga hakim diketuai S Nantha Balan mendengar hujah daripada peguam MyCC dan Grab Inc serta dua anak syarikatnya, iaitu Grabcar Sdn Bhd dan Myteksi Sdn Bhd. Mahkamah kemudian menangguhkan keputusan ke tarikh lain.
Panel itu turut dianggotai Hakim Lim Chong Fong dan Ahmad Kamal Md Shahid.
MyCC merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Julai tahun lalu dan syarikat berkenaan…