
PETALING JAYA: Tiga Adun pembangkang Kelantan menuntut kerajaan negeri sekali lagi membawa isu tuntutan royalti minyak ke Mahkamah Persekutuan.
Menerusi kenyataan bersama, Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim, Adun Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Nenggiri Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata langkah itu penting kerana tiada tindakan lanjut diambil kerajaan negeri sejak menolak Akta Wilayah Laut di DUN Kelantan pada 5 Nov 2015.
“Seperti disebutkan beberapa Ahli Parlimen negeri ini pada sidang Dewan Rakyat, antara faktor utama menghalang tuntutan royalti itu adalah penggunaan Akta Wilayah Laut 2012, yang mana kerajaan negeri telah menolaknya.
“Maka, kami dengan ini menggesa kepada kerajaan negeri Kelantan membawa pertikaian terhadap keabsahan Akta Wilayah Laut 2012 ke Mahkamah Persekutuan untuk ditentukan.
“Sekarang adalah masa yang…