
PETALING JAYA: Tiga beradik yang kehilangan ibu dalam satu tragedi menyayat hati di Kg Tinagalan, Sook, Sabah baru-baru ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup yang mengambil mereka sebagai pelajar angkat.
Timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata beliau akan memastikan tiga beradik itu menerima pendidikan sebaiknya, dan akan menanggung kos keperluan mereka sehingga tamat belajar.
“Saya akan mengambil tiga beradik ini sebagai pelajar angkat saya.
“Dalam apa juga cabaran yang dihadapi, anak-anak tersebut perlu menghabiskan persekolahan mereka kerana nilai pendidikan akan membantu menjamin hidup dan masa depan mereka,” katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Arthur melawat dan menyampaikan bantuan kewangan, peralatan keperluan sekolah dan barangan dapur kepada keluarga dan anak-anak…