
JOHOR BAHRU: Polis menahan sembilan individu termasuk tiga beradik dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM231,000 dalam empat serbuan di sekitar bandar raya ini, Seri Alam dan Kota Tinggi, semalam.
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata enam lelaki dan tiga wanita berumur lingkungan 22 dan 36 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor antara 2 pagi dan 9.30 pagi.
“Hasil serbuan polis berjaya merampas pelbagai dadah iaitu 27.55kg ganja, 1.81kg heroin, 2.02kg syabu, 597g ketamin, 81g pil yaba dan 106g pil ekstasi dianggarkan boleh digunakan seramai 50,578 penagih dadah.
“Lima pucuk pistol pelbagai jenis bersama 136 butir peluru dan 111 karton rokok keluaran China turut dirampas,” katanya pada sidang media di IPK Johor.
Beliau berkata, modus…