
BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan suami isteri dan anak lelaki mereka serta merampas ganja dan heroin bernilai RM53,265 dalam dua serbuan di Seberang Perai Tengah, pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Mohd Noor Daud, berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis melancarkan serbuan di sebuah taman permainan di Bukit Minyak, pada 9 pagi, dan menahan seorang lelaki berusia 49 tahun.
“Polis merampas satu ketulan mampat ganja seberat 7.2g bernilai RM550 bersama lelaki itu dan siasatan awal polis mempercayai lelaki berkenaan yang juga seorang buruh berada di taman permainan tersebut bagi menunggu pelanggan.
“Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat, kediaman sekeluarga berkenaan di Bukit Mertajam pada 10.30 pagi hari sama dan…