Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 beranak maut dalam kebakaran di Ulu Tiram

today17 January 2025

Background


Anggota bomba berusaha memadam kebakaran sebuah kediaman di Ulu Tiram membabitkan kematian tiga beranak, awal pagi tadi. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Tiga termasuk seorang kanak-kanak maut dalam kejadian kebakaran di Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Dalam kejadian di Kampung Oren itu, empat mangsa dilaporkan terperangkap namun seorang remaja 13 tahun berjaya diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi Kanan JBPM, Mohd Faiz Ramli, berkata pihaknya menghantar seramai 24 anggota dan empat jentera ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai.

Katanya, sebaik tiba, anggotanya mendapati keadaan api begitu marak dan memusnahkan kira-kira 80% rumah struktur kekal terbabit.

“Ketika kejadian berlaku, terdapat empat mangsa di dalam rumah berkenaan.

“Bagaimanapun salah seorangnya membabitkan remaja 13 tahun dapat diselamatkan. Namun tiga mangsa iaitu lelaki dan perempuan dewasa serta kanak-kanak perempuan meninggal dunia akibat melecur seluruh badan,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post