
PETALING JAYA: Tiga beranak maut dalam nahas dua kenderaan di KM45, Jalan Kota Tinggi-Mersing, berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, Mersing malam tadi.
Mangsa, Md Yusuf Mukhtar, 71, dan isterinya, Rosnah Salleh, 65, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala anak, Muhamad Izuddin, 36, meninggal dunia di Hospital Mersing.
Ketua Polis Mersing Abdul Razak Abdullah Sani, berkata pihaknya menerima maklumat kemalangan sekitar 8.30 malam melibatkan kereta jenis Toyota Vios dan Proton Persona.
Katanya, kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 36 tahun dari arah Kuantan menuju ke Johor Bahru dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta dari arah Kota Tinggi.
“Akibat kemalangan ini, pemandu Toyota Vios cedera…