Kejadian itu menyebabkan seorang guru taska dan dua kanak-kanak cedera ringan.

CHUKAI: Tiga termasuk seorang guru dan dua kanak-kanak cedera ringan selepas bangunan taska dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Sri Cukai, kira-kira 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Kemaman Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku selepas MPV jenis Proton Exora yang dipandu pesara tentera itu hilang kawalan ketika mengundur keluar dari halaman rumahnya yang berhadapan taska tersebut.
Beliau berkata insiden itu mengakibatkan guru taska tersebut luka di lutut, manakala dua kanak-kanak berusia satu dan tiga tahun cedera di bahagian muka, kepala dan belakang.
“Siasatan awal mendapati pemandu berusia 71 tahun itu hilang kawalan ketika mengundur sehingga melanggar bangunan taska yang…