
PETALING JAYA: Polis mengesahkan tiga lelaki yang ditahan polis selepas disyaki menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Amirudin Shari di Shah Alam pada Jumaat, dibebaskan hari ini.
Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata siasatan berjaya selesai hari ini dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri esok.
Katanya, polis memohon untuk melanjutkan tahanan reman untuk melengkapkan siasatan tetapi ditolak.
“Bagaimanapun, siasatan sudah selesai walaupun agak sedikit tempoh reman diberi itu. Dapat siapkan (siasatan) dalam masa yang terbatas ini,” katanya.
Pada Jumaat lalu, tiga suspek berusia 31 hingga 35 tahun itu direman dua hari oleh Mahkamah Majistret untuk disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.
Sebelum itu, tular video dan laporan di platform media sosial X bahawa seorang lelaki…