
Tiga individu ditangkap dalam Op Jack Sparrow dengan kerjasama pihak berkuasa India merupakan suspek yang dikehendaki kerana terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) M Kumar mengumumkan mereka ditangkap dengan bantuan pihak berkuasa Mumbai, kemudian dibawa pulang ke Malaysia, dan dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang, petang tadi.
Kes disiasat bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi dua puluh tahun.
“Polis merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa India atas kerjasama erat yang diberikan,” menurut kenyataan.
Kelmarin, media India melaporkan tiga warga Malaysia yang diburu dalam Op Jack Sparrow bergelut dengan anggota keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj,…