Hot FM

3 ditahan jual, palsukan sijil cuti sakit


handcuff
Ketua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zin berkata semua suspek yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pekan esok bagi permohonan reman untuk siasatan lanjut. (Gambar Rawpixel)
KUANTAN:

Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan di sekitar Pekan hari ini kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan menjual dan memalsukan sijil cuti sakit.

Ketua Polis Pekan Mohd Zaidi Mat Zin berkata semua suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira 3 petang tadi selepas pihaknya menjalankan siasatan susulan laporan yang dibuat Pejabat Kesihatan Daerah pada 10 Jun.

Beliau berkata suspek yang ditahan berkerja sebagai mekanik, pemilik bengkel dan tukang cuci dengan semua mereka dipercayai bertindak sebagai orang tengah.

Katanya, PKD menerima maklumat daripada seorang individu yang mendakwa telah membeli sijil cuti sakit daripada seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah bagi mendapatkan dokumen itu daripada sebuah klinik kerajaan dengan bayaran tertentu.

“Hasil siasatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version