Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 ditahan selepas lelaki maut, adik hampir putus tangan ditetak

today10 March 2026

Background


Hanyan Ramlan
Ketua Polis Kuala Muda Hanyan Ramlan berkata hubungan dua lelaki dan seorang wanita ditahan sedang disiasat, dengan suspek lelaki dikatakan tinggal di kawasan perumahan sama dengan mangsa. (Gambar Facebook)
SUNGAI PETANI:

Seorang lelaki maut, manakala tangan adik perempuannya hampir putus akibat ditetak awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata mangsa berusia lewat 20-an dilaporkan mengalami tetakan berulang kali dan meninggal dunia di depan rumahnya di Taman Kempas, dekat sini.

“Kejadian dipercayai berlaku antara 12 tengah malam hingga 2 pagi tadi.

“Adik perempuan mangsa turut dilaporkan mengalami kecederaan dan tangannya hampir putus,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu, beliau berkata, dua lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.

“Motif serangan masih dalam siasatan, namun dipercayai bukan disebabkan mabuk. Hubungan ketiga-tiga suspek juga sedang disiasat dan suspek lelaki dikatakan tinggal di kawasan perumahan sama dengan mangsa.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Verstappen sertai Mercedes

Nurburg, Jerman: Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Max Verstappen, bakal menyahut cabaran baharu apabila menyertai perlumbaan endurance legenda Nurburgring 24 jam bersama Mercedes-AMG Motorsport tahun ini.

today10 March 2026