Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 kenderaan terbakar di NKVE

today21 October 2024

Background


kereta terbakar
Bomba memadam tiga kenderaan yang terbakar di NKVE petang tadi. (Gambar JBPM)

SHAH ALAM: Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 4.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari arah Setia Alam menghala ke Shah Alam, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kejadian melibatkan dua kereta jenis sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun tiga pemandu kenderaan tersebut dilaporkan mengalami kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.38 petang sebelum menggerakkan lima anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi 15 minit kemudian, didapati berlaku kebakaran melibatkan tiga kenderaan dengan dua buah kereta jenis sedan terbakar sepenuhnya manakala kenderaan pacuan empat roda terbakar 50%.

“Semua mangsa dibawa ke hospital sebelum bomba sampai dan setakat ini, tahap kecederaan dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post