
KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) mengemukakan undi tidak percaya terhadap Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden MCA, Wee Ka Siong, Presiden MIC, SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup berbuat demikian menerusi sepucuk surat bertarikh 23 Nov yang dilihat FMT.
Surat itu menyatakan undi tidak percaya terhadap Zahid dibuat susulan tindakannya yang didakwa mengkhianati keputusan Dewan Tertinggi BN pada pagi Selasa lalu.
Menurutnya, mesyuarat Dewan Tertinggi itu memutuskan BN berkecuali dan tidak menyokong Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan menubuhkan kerajaan baharu.
“Sebanyak 10 akuan bersumpah (SD) dihantar kepada Muhyiddin Yassin sudah ditarik balik,…