Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 lelaki lagak polis disyaki menyamun direman

today22 June 2024

Background


Polis turut merampas senjata berbahaya dan peralatan polis dimiliki secara tidak sah daripada suspek. (Gambar PDRM)

IPOH: Polis menahan tiga lelaki kerana memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah dipercayai digunakan untuk kegiatan samun di Sungai Senam, semalam.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dalam keadaan mencurigakan selepas menerima maklumat orang awam kira-kira 6.10 pagi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga lelaki dan kenderaan itu menemukan senjata berbahaya dan peralatan polis yang dimiliki secara tidak sah.

“Dengan tertangkapnya kumpulan ini, pihak polis percaya telah menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Abang Zainal Abidin berkata, semakan rekod lampau…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Deschamps sesal pemain gagal memanfaatkan peluang

Leipzig, Jerman: Didier Deschamps berkata ia tidak berbaloi mengambil risiko menurunkan Kylian Mbappe ketika mereka melakarkan keputusan seri 0-0 menentang Belanda awal pagi tadi hanya beberapa hari selepas dia mengalami kecederaan patah hidung.

today22 June 2024