Site icon Hot FM

3 lelaki Thailand seludup diesel didenda, kenderaan dirampas


Tertuduh didenda antara RM27,000 hingga RM30,000.

Mahkamah Sesyen Alor Setar juga memerintahkan ketiga-tiga tertuduh menjalani hukuman penjara jika gagal membayar denda. (Gambar Reuters)

ALOR SETAR: Tiga lelaki warga Thailand didenda oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyeludup keluar minyak diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand.

Hakim Jean Sharmila Jesudason menjatuhi hukuman denda RM27,000 kepada Sakda Thaenkeson, 24 dan Kittisak Thongluean, 37, yang masing-masing didenda RM30,000 dan Phanuphong Yava, 23, dikenakan RM28,000.

Pertuduhan itu dibacakan jurubahasa dalam bahasa Thailand.

Mahkamah juga memerintahkan ketiga-tiga mereka menjalani hukuman penjara, masing-masing tujuh bulan kepada Sakda dan lapan bulan terhadap Kittisak dan Phanuphong, jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Sakda dituduh meletakkan bahan api diesel dalam tangki kenderaan Toyota Hilux bagi maksud supaya barangan tersebut dibawa keluar dari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version