

Tiga maut termasuk dua kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di KM25, Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk, Perak semalam.
Ketua Polis Bagan Datuk, Mohammad Ali Mohd Jali berkata kejadian kira-kira 2.30 petang itu berlaku sebuah lori dipercayai masuk laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Kia Cerato dinaiki sepasang suami isteri, tiga kanak-kanak serta seorang bayi, lapor Bernama.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu kereta serta kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia di Hospital Teluk Intan.
Beliau berkata kejadian turut menyebabkan tiga penumpang kereta cedera parah iaitu isteri pemandu yang berusia 24 tahun, seorang kanak-kanak…