Site icon Hot FM

3 nama dipersembah jawatan MB Kelantan


Ahmad Yakob berkata dijadual angkat sumpah akan diadakan pada 15 Ogos, 3 petang. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan Ahmad Yakob berkata senarai tiga nama yang dicalonkan sebagai menteri besar akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, hari ini.

Ahmad berkata, senarai nama tersebut juga telah mendapat persetujuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Nama telah mendapat persetujuan presiden PAS kerana watikah presiden akan diangkat kepada Sultan Kelantan.

“(Istiadat) angkat sumpah akan diadakan pada 3 petang, 15 Ogos,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Harian Jawatankuasa PAS Pusat dan Kelantan, malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Hadi itu turut dihadiri Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version