
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menegaskan peletakan jawatan tiga pegawai kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak memberi impak yang mengganggu operasi perkhidmatan entiti tersebut.
Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata sebaliknya LTAT akan berjalan seperti biasa dan beberapa jawatan yang belum diisi akan dipangku serta merta.
“Sebagai langkah susulan, jawatan ketua pegawai eksekutif (LTAT) akan ditanggung oleh ketua pegawai kewangan (LTAT), Mohammad Ashraf Md Radzi.
“Bagi pengerusi LTAT, tugas itu dipangku oleh ketua setiausaha kementerian,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang bertanya apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan berhubung isu LTAT ekoran peletakan jawatan beberapa pegawai…