Hot FM

3 pekerja Indonesia maut dipercayai hidu gas ammonia



Tiga warga Indonesia meninggal dunia dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Gas beracun ammonia dipercayai menjadi punca tiga pekerja pemasangan kabel telekomunikasi yang maut dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata seorang lagi pekerja di lokasi itu yang juga pengadu dalam kes berkenaan, memberitahu dia bersama tiga mangsa warga Indonesia itu mula bertugas pada 9 pagi.

“Kira-kira 3 petang, empat pekerja terbabit mencari lubang pembetung kabel telekomunikasi yang tertimbus. Apabila jumpa lubang itu dan membukanya, pengadu mengarahkan tiga mangsa supaya tidak ambil apa-apa tindakan dan dia ke lori untuk mengambil barang.

“Selepas itu, pengadu mendakwa mendengar jeritan salah seorang mangsa bernama Adnani, menyatakan rakan bernama Febri dan Jufri terperangkap dalam lubang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version