Hot FM

3 pekerja maut ditimbus, syarikat pembinaan didenda RM45,000


Mahkamah Majistret Kota Bharu
Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan mendenda syarikat pembinaan itu selepas wakilnya mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengambil langkah keselamatan sehingga mengakibatkan tiga pekerjanya maut.

PETALING JAYA: Sebuah syarikat pembinaan didenda RM45,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan kerana gagal mengambil langkah keselamatan sehingga mengakibatkan tiga pekerjanya maut ditimbus ketika sedang melakukan kerja-kerja pengorekan tanah, November lalu.

Denda itu dikenakan selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad, lapor Sinar Harian.

Nik Habri juga mengarahkan majikan dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa gagal memastikan korekan tanah yang dibuat bagi pemasangan ‘RC Culvert’ mengikut prosedur kerja selamat sehingga menyebabkan kemalangan berlaku.

Syarikat berkenaan didakwa di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version