
KUALA LUMPUR: Tiga pemain elit wanita negara mengesahkan tiket ke pusingan 32 terbaik acara individu di Kejohanan Boling Piala Dunia 2025 dengan bergaya apabila masing-masing mengungguli saingan peringkat kumpulan di Kowloon, Hong Kong, malam ini.
Tiga pemain tersebut ialah Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan dan Sin Li Jane, akan disertai seorang lagi wakil negara Gillian Lim, yang turut berjaya menempatkan diri dalam kelompok 32 terbaik selepas menamatkan cabaran kumpulan di kedudukan kelima.
Dalam saingan peringkat Kumpulan A, Siti Safiyah mengumpul keseluruhan 36 mata dengan 2,783 jatuhan pin, sementara Natasha mendahului Kumpulan C dengan 30 mata dan 2,800 jatuhan pin dan Li Jane menjuarai Kumpulan D dengan 33 mata dan 2,723 jatuhan pin.
Sementara itu, Gillian…