

Keluarga dan rakan kepada tiga pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet Rabu lepas, terus menaruh harapan agar mereka ditemukan selamat.
Tiga pendaki itu, iaitu Muhammad Muhaimin Azhad Noor Hadi, 27, Muhammad Adib Haikal Awang Mansor, 27, dan Muhammad Zaki Othman, 29, dilaporkan gagal dihubungi ketika menjalankan aktiviti pendakian di Langtang Valley.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang rakan kepada ketiga-tiga pendaki berkenaan memohon orang ramai terus mendoakan keselamatan mereka.
Menurut hantaran @emyliatahar, mesej terakhir daripada kumpulan itu diterima pada 10.42 pagi (waktu Malaysia) pada hari kejadian 26 Ogos, dengan lokasi terakhir mereka dikesan di sekitar kawasan Bhote Koshi.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: