
PETALING JAYA: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memecah masuk rumah sarang burung walit di Kampung Sempam Baru, Raub.
Ketua Polis Raub, Mohd Shahril Abd Rahman berkata, tiga suspek berumur 29 hingga 43 tahun itu ditahan kira-kira 2.30 petang Khamis lalu di kawasan kebun getah dekat Chegar Medang, Benus berhampiran Bentong.
Katanya, polis menerima aduan seorang lelaki mendakwa pintu rumah sarang burung walitnya tercabut dan terdapat kesan potongan di bahagian pintu kira-kira 6 pagi Khamis lalu.
Beliau berkata, pengadu mendakwa sistem penggera dirosakkan dan beberapa barangan hilang dipercayai dicuri.
Menurutnya, tiga penganggur itu masing-masing mempunyai lebih sembilan rekod lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.
“Ujian saringan air kencing ke atas tiga-tiga suspek juga didapati positif methamphetamine dan mereka mengaku terlibat dalam kejadian itu.
“Ketiga-tiga…