
LAHAD DATU: Tiga pengikut kumpulan “Wali Tujuh” yang membawa ajaran ilmu batin dan kebal ditahan Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam serbuan di sebuah rumah pekerja di Ladang Bukit Keram, Kinabatangan, semalam.
Tiga lelaki berkenaan yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan untuk siasatan lanjut oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan, kerana disyaki terbabit dengan kegiatan ajaran meragukan.
Komander ESSCOM, Hamzah Ahmad, berkata susulan penahanan suspek terbabit, beberapa barang peribadi milik salah seorang individu iaitu kalender putikaan, pisau, senjata jenis lastik dan pelbagai jenis tangkal dirampas.
Katanya, berdasarkan risikan awal, kumpulan ini diketuai oleh seorang guru dengan dibantu dua individu.
“Kumpulan ini mula bergiat aktif sejak…