
MELAKA: Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang masing-masing direman lima dan enam hari bagi membantu siasatan berhubung pemberian wang suapan kepada pegawai bank di sebuah bank di Melaka berjumlah kira-kira RM12,072.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman itu selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka.
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 41 hingga 43 tahun itu disyaki memberi suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada firma guaman terlibat untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan berkenaan.
Mereka ditahan antara 11 pagi hingga 2 petang ketika hadir membantu siasatan di pejabat SPRM Melaka semalam.
Sementara itu,…