Hot FM

3 polis berhibur di Golok ditukar


polis-pdrm
Tiga anggota berpangkat sarjan mejar, koperal dan lans koperal itu disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, menurut Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Beliau berkata ketiga-tiga anggota yang masing-masing berpangkat sarjan mejar, koperal dan lans koperal berumur 26 hingga 32 tahun itu disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Razarudin berkata seorang daripada mereka telah ditukarkan daripada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Pasir Mas ke Kem Komandan IPK Kelantan manakala dua lagi masih bertugas di Ibu Pejabat Polis Tanah Merah dan akan ditukar keluar dari Kontinjen Kelantan.

“Pada 10 Nov lepas, pihak JIPS IPK Kelantan telah menerima beberapa keping gambar dan video berhubung…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version