Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 rakan maut, motosikal bertembung kereta di Dungun

today1 August 2022

Background



Keadaan motosikal Honda EX5 yang dinaiki ketiga-tiga mangsa. (Gambar Facebook)

DUNGUN: Tiga rakan karib maut, selepas motosikal dinaiki mereka bertembung sebuah kereta yang dipercayai gagal memotong sebuah kenderaan lain di KM80 Jalan Jerangau-Jabor, Bukit Besi dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Baharudin Abdullah berkata, Muhammad Hafiqzie Mohd Zukri, Muhammad Salman Faris Samsu dan Muhammad Faris Haikal Mohd Faizal – semuanya berusia 14 tahun – maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 9.25 malam.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas sebuah Proton Iswara dari arah Jabor menghala Jerangau memasuki laluan bertentangan untuk memotong sebuah kenderaan lain, namun bertembung motosikal Honda EX5 yang dinaiki ketiga-tiga mangsa.

β€œAkibat kemalangan tersebut, penunggang iaitu Muhammad Faris Haikal dan dua lagi rakannya yang membonceng motosikal…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post