Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan hampir dua jam itu membuktikan manifestasi penyatuan Melayu diusahakan Mahathir yang mendapat sambutan dari pelbagai pihak walaupun berlainan ideologi.

PETALING JAYA: Selepas tiga tahun “bersengketa” angkara Langkah Sheraton, dua bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin bertemu malam tadi untuk membincangkan kerjasama menerusi Proklamasi Orang Melayu.
Pengerusi sekretariatnya Khairuddin Abu Hassan berkata pertemuan hampir dua jam itu membuktikan manifestasi penyatuan Melayu diusahakan Mahathir mendapat sambutan dari pelbagai pihak walaupun berlainan ideologi.
“Gerakan Proklamasi Orang Melayu secara ‘non partisan’ membuka pintu secara seluas-luasnya kepada mana-mana individu Melayu yang bersemangat untuk bersatu-padu tanpa kira apa saja fahaman…
