
PETALING JAYA: Kompleks Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kajang bernilai RM305 juta dijangka siap penghujung bulan ini selepas lebih tiga tahun lewat, dijadual diserahkan kepada Kementerian Kesihatan pada hujung Julai.
Kompleks berkenaan akan mengurangkan kesesakan di hospital berusia 135 tahun dengan penambahan 272 katil, berbanding 306 katil sedia ada. Ia sepatutnya siap pada April 2021.
Bagaimanapun, ketika projek itu hampir siap, kontraktor projek dan Jabatan Kerja Raya (JKR) menangguhkan tarikh penyerahan beberapa kali, menurut sumber terdekat.
JKR dijadual menyerahkan kompleks tersebut kepada Kementerian Kesihatan pada November lalu, namun ia diinjak kepada Februari tahun ini, sebelum ditolak kepada April.
Unit Komunikasi Korporat JKR memberitahu FMT: “JKR melakukan yang terbaik menyiapkan projek itu seperti dirancang”, apabila ditanya berkait alasan penangguhan.
