
SINGAPURA: Tiga wanita Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik, membuktikan bahawa usia selepas 50 ialah era keemasan baharu.
Wanita Malaysia yang tersenarai terdiri daripada Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) Rebecca Fatima Sta Maria, peguam Ambiga Sreenevasan, dan pengarah filem dan pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid.
Menurut Forbes, wanita tersenarai berasal dari 14 negara dan wilayah membabitkan puluhan sektor pekerjaan yang berpengaruh dalam bidang-bidang termasuk fesyen, farmasi, kewangan dan sebagainya.
Sta Maria, 65, yang dilantik sebagai pengarah eksekutif Sekretariat Apec pada 2019, menjadi wanita pertama yang mengetuai badan penasihat ekonomi antara kerajaan dengan 21 anggota itu.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai…