Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3 warga Myanmar maut akibat keracunan

today20 October 2023

Background


Polis berkata, bedah siasat di Hospital Rompin mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan, namun punca sebenar belum diketahui kerana masih menunggu laporan ujian makmal. (Gambar Facebook)

KUANTAN: Tiga warga Myanmar ditemui meninggal dunia dipercayai akibat keracunan dalam sebuah kabin di tapak projek Jalan Anggerik, Rompin, Selasa lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman berkata pihaknya menerima maklumat kejadian membabitkan lelaki berusia 21 hingga 33 tahun itu pada 3.15 petang hari sama.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap kawasan sekeliling dan badan mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dapat dikaitkan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan di Hospital Rompin hari ini dan mendapati mangsa meninggal dunia akibat keracunan, namun punca sebenar belum diketahui kerana masih menunggu laporan ujian makmal.

Buat masa ini, kes diklasifikasikan kematian mengejut, katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post