Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

30 terperangkap di pusat pelancongan akibat banjir, kepala air

today18 November 2022

Background



Keadaan di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA: Tiga puluh orang terperangkap di pusat pelancongan Kampung Kaung Malaan, Kota Belud, Sabah akibat banjir dan kepala air petang tadi.

Harian Metro melaporkan kawasan itu tiba-tiba dinaiki air akibat hujan lebat kira-kira 2 petang.

Difahamkan, mangsa terdiri daripada 20 pengunjung dan 10 kakitangan pusat pelancongan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, lima anggota dan pegawai bersama pacuan empat roda serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.46 petang.

β€œSemua mangsa terperangkap berpindah ke tempat selamat sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan yang dipetik akhbar itu.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada bahaya lain sebelum menamatkan operasi pada 4.22 petang.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post