
ALOR GAJAH: Kerajaan Melaka bercadang menambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata, perancangan itu akan menjadi nilai tambah terbaik dalam usaha menarik lebih ramai pelabur bagi melonjakkan perkembangan industri pemasangan dan pengeluaran EV serta kenderaan cekap tenaga (EEV) di negeri ini.
“Sekarang ini kita ada 132 stesen pengecasan EV di seluruh Melaka dan kita akan cuba menambahnya di kawasan strategik, terutama di pusat tumpuan pelancongan dan kita menggalakkan pihak swasta turut bekerjasama dalam perancangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penghantaran Kereta ke-1,000 oleh Kumpulan EP Manufacturing Berhad (EPMB) di…