Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

3,000 Jemaah Sertai #GengSubuhMacamJumaat, Alif Satar Terharu

today3 January 2024

Background

Selebriti popular, Alif Satar meluahkan rasa terharu apabila kira-kira 3,000 orang sama-sama menyertainya solat Subuh berjemaah di masjid beserta larian, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Alif berkongsi momen dia bersama-sama ribuan jemaah di sebuah masjid untuk mengerjakan fardhu Subuh dan berlari bersama.

“Macam ni, hari-hari..satu negara. Confirm menang #GengSubuhMacamJumaat,” tulisnya ringkas.

Dalam hantaran lain, pelantun lagu hits Cukup Indah itu turut memuat naik rakaman video yang memaparkan dia turut menyertai larian bersama jemaah lain.

“Selalunya saya lepas Subuh akan lari sorang-sorang tetapi hari ini 3,000 orang sertai saya lari pagi-pagi.

“Terima kasih semua, Insya-Allah kita buat di KL Car Free Morning nanti,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Lebih mengujakan, ada juga yang menyertai larian tersebut dengan hanya mengenakan kain pelikat.

Malah, inisiatif yang dianjurkan Alif itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Menurut Zaliha, dia juga berhajat aktiviti tersebut dapat dikembangkan di masjid-masjid dia Wilayah Persekutuan.

“Memulakan tahun baru 2024 dengan bersama-sama menyokong #GengSubuhMacamJumaat.

“Saya kagum melihat ramai orang yang hadir pada aktiviti ini, khususnya anak muda. Inisiatif yang dimulakan oleh Saudara @alifsatar ini perlu dipuji dan disokong oleh semua.

“Saya amat menggalakkan aktiviti seperti ini. Insha Allah, saya berhajat untuk mengembangkan aktiviti seperti ini di masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan,” tulisnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Zaliha Mustafa (@drzalihamustafa)

#GengSubuhMacamJumaat adalah inisiatif Alif Satar untuk memupuk ramai orang untuk sama-sama solat berjemaah di masjid. Dan kini mendapat sokongan dan perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Projek Geng Subuh Macam Jumaat’ Tanda Solidariti, Alif Satar Terkejut Impak Sampai Ke Luar Negara!

Written by: Aqilah


Previous post