
PETALING JAYA: Seramai 3,000 peserta menyertai Larian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Program larian berkonsepkan ‘fun run’ melibatkan jarak sejauh tiga, lima, dan tujuh kilometer menerusi kategori kanak-kanak, dewasa, dan warga emas.
Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata acara larian berorientasi riadah diadakan bagi menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, yang diyakini dapat memberi kesan positif baik dari aspek fizikal, mental, dan emosi.
“Besar harapan saya, program larian ini dapat menyumbang kepada pembentukan komuniti sihat, sekali gus dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan membangunkan produktiviti negara.
“Selain itu, pelbagai aktiviti turut diadakan…