Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

311 penjawat awam kena tindakan tatatertib sejak 2012

today24 February 2025

Background


Timbalan Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi M Kulasegaran berkata dua penjawat awam didakwa dan dijatuh hukum oleh mahkamah. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan tatatertib terhadap 311 kakitangan kerajaan berdasarkan isu dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dari 2012 hingga bulan lalu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Beliau berkata, antara tindakan tatatertib dikenakan setakat 14 Jan lalu ialah diberikan amaran, denda, tangguh pergerakan gaji, turun pangkat dan buang kerja.

“Terdapat dua penjawat awam yang telah dijatuh hukum oleh mahkamah,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan S Kesavan (PH-Sungai Siput) berhubung tindakan diambil kerajaan dalam menangani isu dibangkitkan dalam LKAN, termasuk ketirisan.

Kulasegaran berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 12,393 isu telah diaudit, dengan 11,594 daripadanya…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post