Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Dalam satu laporan berita yang dikeluarkan oleh The Star, dianggarkan sebanyak RM665 juta ketirisan dalam kutipan cukai disebabkan ada beberapa pihak yang tidak pernah mengisytiharkan pendapatan mereka.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menyatakan terdapat 31,598 entiti yang terdiri daripada individu, perniagaan, syarikat dan lain-lain, masih belum mengisytiharkan pendapatan mereka kepada pihak LHDN.

Tambah LHDN lagi, mereka dapat mengenal pasti entiti ini menerusi pemilikan aset dan keupayaan mereka untuk mendapatkan pinjaman dan sekuriti bernilai RM500,000 dan ke atas.
“Jumlah kerugian cukai yang dialami kerajaan dianggarkan RM665 juta. Anggaran ini adalah jumlah yang besar, kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada kestabilan ekonomi negara jika tidak ditangani segera,” kata LHDN dalam satu kenyataan seperti dilaporkan oleh The Star.