
PETALING JAYA: Sebanyak 32 kes disyaki mpox yang dilaporkan di fasiliti kesihatan dalam negara sepanjang tahun ini disahkan negatif, manakala satu lagi masih menunggu keputusan makmal, kata Kementerian Kesihatan (KKM).
Menurutnya, 13 makmal di seluruh negara mampu menjalankan ujian pengesanan mpox, dengan lapan ialah makmal kerajaan dan lima lagi swasta.
“Dua daripadanya mampu membuat ‘sequencing’ maklumat genetik untuk mengesan varian virus,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dipetik Bernama berkata, sembilan kes mpox dilaporkan di Malaysia sehingga kini.
Kes pertama dilaporkan pada 26 Julai 2023 dan yang terakhir November lalu. Tiada kes baharu dilaporkan sejak Disember lalu.
Dzulkefly berkata, KKM mengambil langkah segera susulan laporan peningkatan kes di Thailand dan Singapura.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan…