Kira-kira 32 syarikat konsesi lebuhraya membantah tindakan kerajaan menganugerahkan secara langsung projek Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) kepada syarikat swasta bagi semua lebuh raya di negara ini.
Menurut sumber terdekat kepada Free Malaysia Today (FMT), kerajaan telah menandatangani ‘perjanjian pelantikan’ bersama syarikat berkaitan YTL Corporation Bhd, pada 17 Nov, bagi penganugerahan projek MLFF itu yang bernilai RM3.46 bilion tanpa berunding dengan syarikat konsesi yang…
