Hot FM

320 kes baharu Covid-19, 3 kematian dicatat



Sebanyak 10,937 kes masih aktif, termasuk 17 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 merekodkan 320 kes, sementara tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 318 membabitkan jangkitan tempatan dan dua kes import.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,032,146 kes, dengan 36,908 kematian.

Setakat semalam, sebanyak 10,937 kes masih aktif, termasuk 17 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 453 pesakit atau 4.1% menerima rawatan di hospital.

Seramai 506 pesakit dilaporkan sembuh.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version