Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

320 warga KPM termasuk guru ponteng dibuang kerja

today21 March 2024

Background


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dari 2019 hingga 2023 pihaknya menerima 1,303 laporan mengenai kakitangan tidak hadir bertugas dan daripada jumlah itu seramai 320 dibuang kerja. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 320 kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk guru dibuang kerja bagi tempoh 2019 hingga 2023 kerana ponteng tugas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tindakan itu diambil selepas kementerian menerima 1,303 pelaporan daripada ketua jabatan membabitkan kakitangan tidak hadir bertugas dalam tempoh sama.