Hot FM

320 warga KPM termasuk guru ponteng dibuang kerja


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata dari 2019 hingga 2023 pihaknya menerima 1,303 laporan mengenai kakitangan tidak hadir bertugas dan daripada jumlah itu seramai 320 dibuang kerja. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 320 kakitangan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk guru dibuang kerja bagi tempoh 2019 hingga 2023 kerana ponteng tugas.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata tindakan itu diambil selepas kementerian menerima 1,303 pelaporan daripada ketua jabatan membabitkan kakitangan tidak hadir bertugas dalam tempoh sama.

“Bermula 2019 hingga akhir 2023, KPM menerima sebanyak 1,303 pelaporan daripada ketua jabatan berkaitan ketidakhadiran melibatkan warga KPM.

“Daripada jumlah tersebut 320 kes berkeputusan buang kerja berdasarkan Peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis), yang meminta menteri pendidikan menyatakan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version