
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata rakyat boleh menilai kemampuan kepimpinan PAS di Kelantan selama 33 tahun yang gagal menjana pertumbuhan ekonomi setanding negeri lain.
Beliau memberikan contoh sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu kepada negara hanya sekitar 1.9%, jauh ketinggalan berbanding negeri lain.
“Membangunkan negeri memerlukan satu pasukan yang memiliki keupayaan dan kepemimpinan untuk memerintah negeri, dan sebab itu selepas 33 tahun, sumbangan KDNK Kelantan hanya 1.9% berbanding Selangor yang mencatat 25.5%,” katanya pada program Soal Rakyat Khas PRN disiarkan di TV3 malam ini.
Beliau berkata Selangor menikmati pembangunan dimulakan Barisan Nasional (BN) yang meletakkan asas baik sepanjang mentadbir negeri berkenaan selama 51 tahun sebelum diteruskan PH (sebelum ini Pakatan Rakyat) selepas 2008.
Mengulas dakwaan…