
PETALING JAYA: Sebarang langkah menambah bilangan kerusi Parlimen di bawah cadangan pengembalian 35% kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak bukan dibuat untuk meningkatkan peluang “puak tertentu” memenangi pilihan raya sahaja.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, sebaliknya berkata ia mesti dilakukan mengambil kira perbezaan jumlah pengundi dan struktur kaum di kawasan masing-masing.
Katanya, di bawah struktur semasa jumlah pengundi berbeza empat hingga lima kali ganda di beberapa kawasan di Sarawak.
“Ini adalah sangat tidak adil dan sekiranya kerusi baharu dibentuk, pertimbangan mesti diambil untuk menyelesaikan perbezaan besar dalam nisbah pengundi,” katanya lapor Utusan Borneo.
Ling berkata, adalah baik mempunyai lebih banyak kerusi tetapi jika penambahan kawasan hanya meningkatkan peluang puak…