Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

35 peniaga ditahan, kastam rampas rokok, arak RM2.1 juta

today21 August 2024

Background


Norlela Ismail
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Norlela Ismail pada sidang media Op Royal sekitar Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kertas siasatan dibuka dan 35 peniaga kedai runcit warga tempatan serta asing ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki menjual barangan seludup khususnya rokok dan minuman keras dalam Op Royal bermula 12 Ogos lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail, berkata JKDM merampas lebih 5,000 liter minuman keras dan 727,801 batang rokok bernilai lebih RM2.1 juta dalam operasi bersepadu melibatkan pemeriksaan ke atas 85 premis.

Antara premis tersebut ialah pasar raya, pasar awam, kediaman dan gudang di sekitar Jalan Imbi, Jalan Pudu, Jalan Raja Bot, Petaling Street dan Chow Kit yang disyaki menyimpan, memindah atau menjual barangan seludup khususnya rokok dan minuman keras.

“Daripada serbuan tersebut, 36 kertas siasatan dibuka dan 35 orang ditahan terdiri…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post