Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

36 individu ditahan, polis gagal cubaan seludup migran ke Indonesia

today14 February 2026

Background


handcuff
Antara yang ditahan termasuk warga Indonesia dan Bangladesh.
IPOH:

Polis berjaya mematahkan kegiatan penyeludupan migran dengan penahanan 36 individu termasuk dua dalang dalam serbuan di dua lokasi berasingan sekitar Selekoh, Bagan Datuk.

Ketua Polis Perak Noor Hisam Nordin berkata, tangkapan dibuat selepas sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah serta Cawangan Khas IPD Bagan Datuk membuat serbuan di kebun kelapa sawit Sungai Payung dan Kampung Sungai Payung semalam dan hari ini.

Hasil pemeriksaan di lokasi tersebut, 29 orang ditahan terdiri daripada 21 lelaki dan empat wanita warga Indonesia serta empat lelaki warga Bangladesh berusia antara 18 hingga 55 tahun yang sedang duduk berkumpul bersama beg pakaian, dipercayai cuba diseludup pulang ke Indonesia menggunakan jalan laut.

“Seorang tekong darat warga Indonesia berumur 44 tahun turut diberkas dalam serbuan berasingan di lokasi sama kira-kira 9.40 malam, selain seorang lagi lelaki warga Indonesia yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post