Ada antara mereka yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta, Bidor, kata polis.

PETALING JAYA: Sebanyak 37 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada Khamis lepas berjaya ditahan setakat 6 petang ini.
Operasi petang ini berjaya menemukan 13 tahanan yang bersembunyi di sebuah ladang di penempatan Orang Asli Kampung Senta, kata Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri.
Bernama melaporkan Mohd Yusri berkata, semua tahanan itu dibawa ke IPD Tapah.
Terdahulu, Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh berkata, setakat pagi tadi, 10 tahanan warga asing tersebut telah ditahan.
Katanya, mereka ditahan selepas masing-masing mula keluar untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman daripada penduduk kampung termasuk di masjid.
Pada malam Khamis, seramai 131 tahanan terdiri daripada etnik…