
ISKANDAR PUTERI: Seramai 38,000 sukarelawan Southern Volunteers (SV) bersedia untuk digerakkan bagi memberi bantuan sekiranya banjir berlaku di negeri itu, susulan ramalan Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 bermula Sabtu sehingga Mac 2024.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) On Jabbar, berkata bantuan sukarelawan SV, meliputi persediaan sebelum, semasa, dan pasca banjir.
“Sukarelawan SV dari segi persediaan banjir akan membantu bukan sahaja sebelum dan semasa, tetapi turut melibatkan pasca banjir seperti membersihkan rumah mangsa.
“Sukarelawan SV ini menggembleng tenaga di pelbagai peringkat, seperti bantuan semasa bencana, SV akan membantu agensi di pusat pemindahan sementara (PPS), menyediakan bakul makanan dan sebagainya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persediaan…