Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

3,848 mangsa banjir di 27 PPS

today19 October 2024

Background


pps banjir
Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Pandak Hamid Bawong di Sungai Siput, Perak semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seramai 3,848 mangsa banjir masih berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri terjejas setakat 8 pagi tadi.

Di Perak, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara memaklumkan jumlah mangsa meningkat kepada 1,619 orang di 12 PPS di daerah Kerian, Hilir Perak, Kampar, Perak Tengah dan Kuala Kangsar berbanding 1,459 orang malam tadi.

Di Perlis, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan peningkatan daripada 47 orang malam tadi kepada 469 orang pagi ini dan keadaan sama di Kedah dengan 298 orang ditempatkan di tiga PPS berbanding 137 orang malam tadi.

Di Selangor, jumlah mangsa banjir bertambah sedikit daripada 117 orang malam tadi kepada 136 orang pagi ini, manakala banjir di Pahang beransur pulih dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,259 orang berbanding 1,418 orang malam tadi.

Laman sesawang rasmi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post